“Jika pembaca fahami dan kaji, kedua-dua kes itu berkaitan dengan masalah rumah tangga. Berkemungkinan si ayah kurung anaknya setelah berkahwin baharu dan mungkin anak ini tidak disukai oleh isteri barunya. Mungkin. Sementara budak lelaki OKU itu ditinggalkan sendirian kerana ibunya perlu bekerja bagi menyara anaknya yang lain kerana ditinggalkan suaminya.

“Persoalannya kenapa kejadian ini berlaku? Memang keterlaluan jika saya katakan kerana si ayah tak matang dan tak bertanggungjawab, mungkin juga kerana kesusahannya kerana tidak ada kerja tetap. Namun jika tidak mampu mengapa berkahwin lebih daripada satu?”

 Itu soalan yang ditanya oleh Siti Noraini dalam SMS yang dihantar kepada penulis dan ketika kami berbual panjang dalam telefon baru-baru ini.